Monday, 1 October 2012

Isi penting Belanjawan 2013 (info)

Posted By: Adeqmish - October 01, 2012

Share

& Comment







# Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga

5.5 peratus. 

# KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
# Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan
fokus terhadap kesejahteraan rakyat.

# Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada
RM208.6 bilion.

# Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion. 


# RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi
tahun 2013. 

# Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di
bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan
pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

# Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah
kendalian SME Bank.

# SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana
Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

# Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil
berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

# Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi
pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi
Perniagaan.

# Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan
produk petroleum kepada yang layak.

# Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan
pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi 
tempoh tiga tahun pertama operasi.

# Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi
tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

# DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir
tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT. 

# Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi
potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

# Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang
terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

# Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program
dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

# Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua
tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion
hingga RM6.0 bilion.

# RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung
Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.

# Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat
berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan
pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

# Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi
tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira
struktur perundangan Agama Islam Negeri.

# RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT
diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

# Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME
Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang
menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

# Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan 
diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan
manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

# Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan
RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

# Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan
oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah
sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation
bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan
instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.

# Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek
tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran
harta intelek.

# Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti
mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah
pelaburan. 

# Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan
R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan
berkanun untuk tempoh 10 tahun.

# Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin
dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.

# Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion
lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015

# Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras
55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus
menjelang 2015

# Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang
menyeluruh dan saksama 

# Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip "nilai untuk
wang" 

# Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk
memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek
yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik
kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan
penyediaan kemudahan sukan.

# Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga
berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat
Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.

# Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah
yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan
dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima
tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima
tahun tidak dikenakan CKHT. 

# Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai 

# Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan
sektor swasta 


# Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan
pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000. 

# Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata
peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.

# Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda,
membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.

# Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan,
bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman
Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan
miskin dan daif.

# Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan
aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti,
biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar

About Adeqmish

Mad Brainer is an online Publication that complies Bizarre, Odd, Strange, Out of box facts about the stuff going around in the world which you may find hard to believe and understand. The Main Purpose of this site is to bring reality with a taste of entertainment

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 MAD BRAINER™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Gooyaabi Templates